Cara Mengelakkan Marah
Pertama, Istighfar (Astagfirullah hal azim). Lakukan beberapa kali.
Kedua, jika anda marah ketika anda berdiri, ambil posisi duduk supaya anda lebih ‘relax’.
Ketiga, fikirkan kebaikan orang tersebut, teliti kelemahan diri.
Keempat, berwuduk, marah itu datang daripada syaitan..syaitan itu dicipta dari api... oleh itu berwuduklah bagi menghilangkan sifat marah anda.
Selain
itu, beliau juga memberikan beberapa panduan untuk memperolehi
ketenangan dan kebahagiaan iaitu dengan mengambil ‘vitamin’ yang
bermaksudberzikir, berdoa dan membaca Al-Quran.
Dengan hati yang bersih dan sihat akan membawa pada pemikiran yang
positif dan boleh mendorong pada kejayaan. Oleh itu. Kita sebagai
manusia, tentu inginkan kejayaan dan kebahagian hidup. Kata
kunci bagi kejayaan adalah hati. Sayangi hati dengan sentiasa mencari
ilmu dan didiklah hati dengan sentiasa mengingati-Nya.
"Carilah
hatimu di tiga tempat..Temui hatimu ketika membaca Al-Quran…Tetapi jika
tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Jika tidak kau
temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati..Jika
kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru
kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”-Imam Ghazali
0 comments on " "
Post a Comment